:: My New Lover ::

Monday, February 9, 2009

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk menulis. Segalanya sihat, cuma dua tiga hari ini 'hati' tak berapa nak sihat. Hoho~ Entah kenapa? Perlu cek apa sakitnya dan cari penawar, kalau dibiarkan berterusan sakitnya, Aduh! ~Parah~

Tadi pergi Aswak As-Salam cari kulit lasagna, ada orang minta tolong buatkan lasagna. Huhu~ Alang-alang dah pergi aku apa lagi berhajatlah nak membeli seorang hamster. Mula-mula usha dulu mana yang berkenan, aku dah lama usha hamster jenis yang satu ni. Jenis tak akan membesar, kira badan dia kecil gitu je la. Hehe~ Comel aja. Dah usha jumpa la yang berkenan di hati. Asal tak nak beli, usha je dulu. Tapi masa tengah makan, asyik teringat dekat 'dak kecik' tu. Isk..isk, tak boleh jadi, kena juga beli nampaknya. Lepas solat aku dan roomate pergi balik kedai dan beli hamster yang kiut miut tu =D.

Comel je dia, aku tak beri nama lagi. Tengah fikir nama yang sesuai. Si Sherot suruh bagi nama 'Joy' sebab dia kata hamster tu suka lompat-lompat dalam sangkar. Macam enjoy je, jadi bagi nama Joy. Huhu~ Aku tak minat nama tu ( hard to say sori heh Sherot ) . Si Kucut cadangkan nama 'Chip', Hoho~ nama ni seolah menarik, betul juga kata si Kucut sekurang-kurangnya orang tak tersasul. Huhu~( Sejak aku tukar nama panggilan aku tu, masih ada juga yang still panggil Chip lagi.) Erm~ Nama ini akan dipertimbangkan. (",)

Jadi, jom kita tengok gambar 'dak kecik' tu. My new lover ~~~


Si comel yang pandai ber'posing' (",)

Cubaan melarikan diri dari gambar ditangkap 'mamarazi' =D
Ehe~ Sayang sangat dekat binatang, tinggi sifat kebinatangan aku rupanya. Huhu~ Kalau aku kahwin nanti dengan lelaki yang suka kucing macam adik lelaki aku yang tak boleh jauh dengan kucing sebanyak 9 ekor ( erm..9 ekor ke? ) di rumah aku tu, aku tak kisah. Sebabnya aku tidak kisah kepada binatang. Ehe~ Iguana pun tak apa. Kalau dia suka kucing maknanya aku tak boleh bela hamster. Nanti jadi santapan enak pula. Isk..isk tak sanggup aku bayangkan. Teringat masa di Aswak As-Salam tadi, sementara tunggu si Sherot beli calamar (sotong) aku main dengan hamster yang aku beli, tiba-tiba ada kucing yang amat besar datang dekat aku, hua~ janganlah kacau hamster aku, aku terpaksa halang kucing tu dengan kaki (bukan sengaja, tangan ada hamster). Orang pandang je aku, sebab aku pegang kotak hamster tu kuat-kuat dengan wajah yang amat tidak senang dengan kedatangan kucing besar itu. Mereka tidak tahu bahawasanya di dalam kotak itu terdapat seekor hamster yang amat comel berwarna kelabu+putih.Huhu~
P/S: Aku tengah berfikir macam
mana nak mandikan hamster yang
amat kecil ini. Erm..ada idea?

14 comment:

Anonymous said...

Chip, kat umah kitorang ada hamster beranak 3. Kalo ada anak dia, kita boley berbesan..hahahaha..

p/s: hamster tersebut amat kiut!

Linda Abdullah said...

Hensem nye hamster..Letak lah nama hamster tu Orhan ker, Ali ker.. senang jer nak mandikan budak kecit tu... celup kan jer dalam besen yg dipenuhi air.. pastu sidai kat luar rumah, bagi bulu dia cepat kering.. jangan lupa guna sikat rambut dan sembur kan perfume cikit yer.. muah.. silalah try..

Saya said...

nak nama JOY..!!!!

~joy~joy~joy~joy~joy~

Anonymous said...

wahh..bissehhah kak..:)
saya betul2 tersentuh bile tgk insan2 di morocco yg tinggi sifat kebinatangannye(namun tidak pula saya,walopon sy dah cube:D)
tp sy betul2 ade simpan cite2 utk membela sesuatu di rumah..nnt la bile2 sy cite.hehe

apepun, tahniah!!
saya suke jugak name chip tu..atleast boleh mbuatkan org rase bsalah bile panggil kak zahirah kak chip sbb name tikos!

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Syahiddmilikku

Hoho~ sila2, boleh je jd besan..xde masalah...

Masukkanlah gambar hamster tu dalam blog, leh tgk bakal menantu macam mane..muahahaa

P/S : Please call me ZAHIRAH..huhu

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Linda Abdullah

Haha~ Kak Linda ni petua betul ke petua tipu ni..isk2, kalo hamster jenis syrian tu saya biasa mandikan, ini jenis roborovski..kecik sgt..takut nak mandikan..

Akk xyah sepit ke hamster tu bg kering..ngeh2

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Saya

Pencalonan anda ditolak kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan. Sila cuba lagi. Terima kasih!

Xde de, xnak aku nama Joy tu..hoho~ NEVER!!!

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> FateenK

Hehe~ betul gak kate kamu tu..Die bkn tikos! la ...die seekor hamster..lain2, xsama..wawawa...

Moga2 awak juga ada sifat yg semakin menebal dikalangan pelajar morocco ni..huhu~ Agaknya warga Morocco kurang kasih sayang, tu nk share dgn binatang..Ye la Mak, Abah jauh ..Huk huk huk..

=D

HidupSentiasaCeria said...

name die pe? da decide ke?
xmo la name chip~
x best2..
nnt awak gk yg keliru bile saye panggil. hahaha...

p/s: persekitaran ketika ini x mampu utk mempengaruhi saya mengubah nama timang2an awak itu. sila cuba lg. wawawa..

Anonymous said...

apa susah..pancut guna getah paip lah..baru puas dia mandi..wa haaa...


Cik Cut

Anonymous said...

ye2..setuju ngn Anonymous..keke..pancut je ngn getah paip..kompem bersih..

tapi..

kne prepare awal2 cangkul kt sblh kepala paip la..nnti senang, leh terus wt operasi pengebumian..

huh..kejam x?hohoho...

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> GarderLaFoire

Nama dia Sashimi~

Please call me ZAHIRAH!!!!

wawawa =((

itu nama saya..isk2

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Cik Cut

Wohoho~ banyak la ko, si Boboi yg gemuk macm arnab dlu pun aku tak pernah pancutkan pakai getah paip..huhu~

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Asyrazi

Cess, kureng betol~ Sampai hati..isk2

TAk nak dah tgk hamster mati.. wawa, sedih taw!