:: Sashimi Saya ::

Tuesday, February 10, 2009

Assalamualaikum wth,

Semalam lepas solat asar, aku telah mengalami sindrom kebosanan melampau. Huhu~ Jadinya pergi dapur tengok barang apa yang ada. Ehe~ nampaknya barang-barang untuk buat tat telur ada. Maka diisytiharkan~ Jom main masak-masak!!

Oven rumah bermasalah, jadi proses pembakaran sedikit lambat, puas aku tunggu nak habis bakar tat ni. Tapi sebab dah mula buat takkan nak berhenti, teruskan juga sampai semua filling dan pastry habis. Hoho~ Kul 1 pagi baru habis semuanya. Hehe~

Dah siap, jemput makan =)
Enak dimakan ketika panas (",)

Sementara aku tunggu tat telur terakhir siap di bakar, aku duduk depan komputer jap, tengok emel. Tiba-tiba aku nampak ada benda bergerak dekat pintu bilik.(Keadaan bilik dah gelap waktu tu sebab rommate dah tidur) Aku pelik juga apa bendanya malam-malam ni. Aku tengok betul-betul , WAWAWAWA SASHIMI DAH KELUAR DARI SANGKAR DIA~~~~ (Sashimi nama hamster aku) Aduhla~ Aku tak terus cari 'dak kecik' tu, aku pergi uruskan tat telur aku dulu. Siap makan sekeping baru masuk bilik cari dia. Hehe~

Macam mana nak cari 'dak kecik' ini? Aku pun tengok bawah katil, bawah meja belajar, bawah rak buku. Huhu! Ada bawah rak buku, aku tunduk perlahan dan taburkan makanan depan rak tu. Dia mula datang dekat. Dah ada betul depan jari aku ni, tinggal nak cekup je 'dak kecik' tu. Tiba-tiba " KAK ZAHIRAH WEK APO TU?" suara Azma. Ha! terkejut si Sashimi langsung lari masuk bawa rak lagi. Hish, terlepas sudah~

Terus lagi mencari, jumpa dekat tepi meja belajar. Aku ambil bekas dan masukkan makanan datang dekat tepi meja dan panggil dia. Sashimi, come sayang~ Huhu~ Berjaya! dia naik atas bekas makanan tu, aku angkat bekas perlahan dan nak masuk dalam sangkar. Aku palingkan muka aku ke kiri untuk cakap dengan rommate minta ambilkan sangkar dia, sekali lagi terkejut 'dak kecik' tu, langsung lompat.(terkejut dengar suara aku agaknya) Uish, nasib baik jatuh atas selimut dulu, kalau jatuh terus ke bawah mahu kena serangan jantung agaknya 'dak kecik' tu. Aduh~

Aku dah penat, lepak jap kat tepi meja. Aku tak kisah sangat Si Sashimi ni terlepas, sebab aku tahu hamster tak akan boleh pergi jauh. Pengalaman mengendalikan 16 ekor hamster satu masa dahulu, cukup membuatkan aku faham sangat perangai binatang yang satu ini. Kalau lapar mereka akan datang balik dekat sangkar cari makanan. Tapi, aku takut sebab Sashimi amat kecil nanti ada orang terpijak dan takut dia makan sisa-sisa makanan yang jatuh atas lantai. Hamster sensitif, tak boleh makan sebarangan. Huhu~ Takut dia sakit dan mati. :(

Sudahnya aku minta pertolongan kawan aku yang terjaga sebab-sebab dengar suara aku memanggil 'dak kecik' tu.( Maaf yea, ganggu tidurmu..huhu~) Alihkan almari, beg bagasi, katil, rak buku, meja untuk cari dia. Sungguh takut sangat kalau dia terhimpit benda-benda berat atau makan benda yang jatuh atas lantai. Sudahnya jumpa dia bawah almari baju. Dia macam takut, dia dah tak mahu dekat pada bekas makanan yang sebabkan dia terjatuh tadi. Fobia agaknya dia, dengan aku pun dia tak mahu dekat. Wawawa, janganlah macam tu, tak sengaja jatuhkan kau tadi. Mehlah sini sayang.wawa~ Aku amik sangkar dia kemudian buka dan letak dekat depan dia dan dia masuk. Alhamdulillah jumpa balik kekasih hati aku ini. horray!!! =D

Keadaan bilik sebelum kejadian




Keadaan semasa kejadian. Huhu~

Aku terfikir kalau manusia buat perangai sampai aku kena alihkan semua barang-barang aku ni, agaknya memang dah kena penangan sulung dari aku tak pun akan mendengar letusan gunung berapi dari mulut aku. Hoho~ Tapi, Sashimi hanya seekor binatang even aku marah pun dia tak akan mengerti. Sudahnya, aku cakap macam ini je, ' lain kali tak mahulah keluar macam ini, susah nak cari. Awak dahlah kecik, kalau hilang macam mana?' Hoho~ dah macam cakap dengan anak pula heh? Hehe~ Membela binatang melatih erti sabar dan menambahkan perasaan sayang. Erm, sayang kamu Sashimi!

Hari ini sampai giliran aku memasak, ingat nak masak paprik ayam dan buat dessert puding jagung tak pun karamel kot. Erm, tengoklah nanti. Ok, nak bersiap-siap pergi kedai untuk beli roti. Roti+fromage(keju)+telur = Kenyang (",)


P/S : Sashimi dah bangun tidur,
tapi merajuk. Hehe~ agaknya tak
berjaya larikan diri kot =D

12 comment:

Anonymous said...

sashimi?rasa macam nak makan je...nyum2.

makin kecil makin sensitif lagi nakal.

aku datang sana nanti,siap sashimi kau..aku bagi lesson sikit..huh!

Cik Cut

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Cik Cut

Hehe~ nama tu bersebab, masa mkn Sashimi asyik teringt kat dia. Tu yg lps mkn, solat then terus beli dia..huhu~


Aha~ sila2, jemput dtg, Majlis tetap tarikh Kak Linda buat kat umah ni. Da jemput dah Orhan datang. haha~ Ko bawa Ali sama nnt :->

Anonymous said...

apa pasal ali pula?yekk.. gelik aku...blah lah..

Cik Cut

NurshahidahZahid said...

hahahah..
[pergh.. tak sempat bg salam ke aku nih. aslmkum..]

kelakar gle post nih.
[ape y kelakar]

weyh.. diorg tahan tak naik kapal terbang??

p/s: tbe2 sye rse rindu kamu di maghribi itu. =)

Anonymous said...

isy3..kasihan, beg2 yg x bersalah menjadi mangsa.dialih ke sana ke mari..demi mencari sekumpul bulu warna warni..huhu..

eiks, cm kenal je bantal biru tu??hahaha...kantoi...ade org wt kje amik2 barang dri flight!!kne repot ni!huhu..

neway,binatang tu kelihatan agak comel..masih xsampai tahap amat comel lg..usaha lagi..hehe.. :-p

Anonymous said...

nme sashimi tu dh rasmi ke?hehe..pngl mimi la x pun memey,ok x?hehe
nakal budak tomei ni lari2..hehe..

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Cik Cut

Wahaha~ bawa je la si Ali tu..leh kenal2..hoho~

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Neiman


Hehe..Waalaikumussalam

Hoho~ tahan kot. cucuk dgn air lobak banyak2.. boleh thn smpai Mesia kot..haha~


P/S : Saya rindu kamu juga, around 6 month lagi nk fly kan?? isk2

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Asyrazi

Hoho~ jgn gtaw org Egypt Air heh..rahsie taw, nnt belanje mkn sekerem..diam taw.. ;)

Huh! sekurang2nye comel lg dari kucing kamu yg nm baby tu.. lala~

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> war-g-ya

Dia boy la..Mimi o memey tu ..nama pngiln tuk girl.. ;))

Tu la, seb baik hari ni duk diam je dlm sangkar, tp pg tdi merajuk mb sbb xdpt larikan diri kot..hehe~

Linda Abdullah said...

Oit..oit.. siapa kak Linda yg nak tetap tarikh perkahwinan tu?? dia org Morocco ker?? oh org Morocco rupanya.. kirim salam kat dia yer..

ZahirahzahiD said...

Zahirahzahid >>> Linda Abdullah

Hehe~ Kak Linda tu keje kat IJN..Kak Linda tu la yg nk ttp tarikh tu..


Jemput sama dtg..Ahad ni, smpt lg beli tiket.. =D