:: Tension + Strawberi Krim Sedap ::

Thursday, February 19, 2009

Assalamualaikum wth,

TENSION! SABAR!!!!!!

Itulah perkataan nak keluar dari mulut aku. Kerja yang aku buat telah hilang dengan suka-sukinya. Adoila~ Rasa aku memang dah save tadi. Terkilan sungguh rasa, walau macam mana tertekannya aku saat ini. Aku masih boleh bergelak dengan ahli rumah. It's just ujian kecil untuk aku. (sedapkan hati sendiri...Lala~) Padahal airmata aku dah nak menitis dah tadi. Nasib baik aku masih punya kewarasan dan tiada sesiapa yang menjadi mangsa amukan aku. Fuh! Nasib baik. Alhamdulillah, Allah kurniakan kesabaran menggunung tinggi. Bayangkan minit mesyuarat lapan muka surat, memang nampak sikit sahaja tapi pengolahan ayat boleh membuat aku demam panas+sawan kucing memikirkannya untuk menaip semula. Huhu~

Berhenti bercerita tentang itu, aku nak kongsi dengan semua resipi baru rumah aku. Haha~ Tengah pening edit minit mesyuarat tadi Si Sherot datang dengan strawberi + krim putar dia. Huhu~ Sedap yang teramat. (kalah strawberi coklat mummy bugs bunny tu =P )



Creamy habis..huhu~



Strawberi berharga RM 2.50 untuk setengah kilo =D


Itu aja nak kongsi dengan semua. Hilangkan rasa tensen itu. ;) Owh lupa nak beritahu, krim diatas adalah qishdah toriah(popular kat Morocco) ditambah gula dan vanilla kemudian diputar mengikut kelajuan tangan anda dan jadilah Strawberi Krim Sedap.Sila cuba yer.Hehe~ Strawberi coklat pun aku dah makan, sedap juga~ ini semua igauan dari seorang tuan blog yang menggoda aku dengan strawberi coklat dia. Hehe~

P/S : Mahu tidur dan bangun semula

menyambung kerja yang sudah 'hilang' tadi. =((

4 comment:

Linda Abdullah said...

Macam ne file keje boleh hilang?? tak save ker?? lain kali dik save banyak-banyak dalam pendrive, bukan setakat save dalam computer wokey.. ingat pesanan ini selama-lamanya..he.he.he

Sedap ek, strawberry + cream?? nak rasa sikit..hu.huu

Anonymous said...

zahirah,
owang makan strawberry ngan cokelat best giler. pastuh tabur blended almond london..fuuhh..tangkap leleh tuu..tapi resipi nih cam best gak..test arr nanti..huhuhu

ZahirahzahiD said...

>>> Linda Abdullah

Baik kak, pas ni saya save banyak2 kali, dalam pendrive, mp3, kom semua saya save..Dah xsanggup dah nak menaip semula...wawa~


Sedap Kak, sedap sangat!!

ZahirahzahiD said...

>>> shidan

Wah3...ade blended almond london lagi tu..kelasss!!! kalah setelawbeli siti nurhaliza..huhu~


Try la resipi ni, best sangat! memang xleh lupe kesedapannya =D