:: Memiliki dan dimiliki ::

Thursday, January 27, 2011



Assalamualaikum wth,

Saya menge’post’ semula entri di blog lama saya ini, saya telah edit dan membetulkan beberapa ayat untuk sesuai dengan keadaan. Saya tidak berniat untuk menidakkan apa-apa yang kalian lakukan, Cuma mengajak untuk sama-sama berfikir. Semoga Allah membuka pintu hati kita semua. Amin~


Perkara yang saya nak bicara hari ini ialah topik memiliki dan dimiliki. Wah begitu~ bayangkanlah sejak di Malaysia(sebelum melangkah kaki ke Maghribi) saya berdepan dengan dua perkataan ini, memiliki dan dimiliki. Terkadang cerita ini menjadi senda gurau yang merapatkan, betul?


Sewaktu di Malaysia saya kononya nak menjadi relationship planner (biasa orang kata wedding planner, tapi saya belum tahap itu lagi, baru pangkat kecil sahaja =D). Tapi sayang orang yang mahu dimiliki sahabat saya ini telah memiliki orang lain. Blog seorang sahabat bercerita tentang ini, blog adik saya juga bercerita benda yang sama. Satu perjumpaan baru-baru ini juga bercerita perkara ini juga. Aduhai, apakah ini semua? Rasa mahu berkongsi sedikit pandangan saya dengan kalian semua, ini apa yang saya alami setelah dua tahun saya kira lalai dan leka. Sungguh saya terleka. Pada sahabat yang menyedarkan saya, terima kasih sangat-sangat sahabat! =)


Cinta? Apa itu cinta? Kasih-sayang antara lelaki perempuan? “Awak jaga saya, saya jaga awak”? “Awak beri saya semangat, saya beri awak semangat?” “Awak sayang saya, saya sayang awak?” “Besday awak nanti saya bagi awak hadiah, awak nak hadiah apa?” “Awak saya nak tidur ini, nanti awak kejutkan saya, kita study sama-sama k?” Perbualan biasa yang kita dengar daripada orang bercinta. Andai inilah cinta bagi kita. Betul ke?


Hari ini saya mahu ceritakan pada kalian semua apa yang saya baca daripada sebuah blog dan apa yang rasa rasa sekarang ini. Kalau kita rasa kita ni bercinta dengan syariat, kata orang cinta ‘ana enti’ tapi kalau cinta kita itu tidak meletakkan yang Haq paling atas, tak perlulah kata yang kami bercinta dengan syariat. (Tidak bermakna sungguh!) Kami tak berhubung, telefon pun tak pernah, kami hanya berbincang kalau ada kerja sahaja. Owh, Alhamdulillah kalau begitu, tapi ada tak rasa nak usha-usha sikit, apa yang dia tengah buat tu? Dia pakai baju apa hari ni? Eh, dia pakai baju yang aku bagi hari tu la, aduh kawan~ dalam diam-diam, dalam-dalam jaga syariat tu, mata dan hati kita tak dapat bersama dengan syariatlah pula yea? Zahir memang kita pasangan paling thiqoh, paling warak, tak ada telefon-telefon, tak ada cerita-cerita, tak ada keluar-keluar dating, berjumpa bila perlu, bercerita pun bila perlu sahaja. Tapi, hakikatnya, kita PENIPU, kita tipu orang lain, kita tipu diri kita. Tapi, mungkinkah kita menipu ALLAH? Apakah ini?


Macam yang saya baca dari satu blog, ustaz sahabat ini pernah kata, kalau kau rasa kau sebenarnya sudah bersedia dengan alam rumahtangga ini, bersediakah untuk alam lampin anak? Ha, bersedia tak? Alam yang selalu kita ni impikan itu, punya seribu satu tanggungjawab dan seribu satu pengorbanan. Saya bercakap macam orang dah ada pengalaman gitu? Saya belum ada pengalaman tapi pengalaman orang saya jadikan sempadan. Orang yang saya jumpa, nak kahwin ini tak ada masalah. Rasa dah bersedia, kahwin sahaja. Tapi, setelah berkahwin, pengorbanan, tolak ansur sangat perlu. Jangan jadi macam akak, kahwin suka sama suka, janji susah senang nak bersama tapi, akhirnya anak satu kami berpisah. Atas sebab apa? Atas sebab kami tak boleh terima kekurangan pasangan. Kami kahwin muda, bercinta masa SPM kahwin masa umur 20 tahun. Mak ayah suruh fikir baik-baik, kami kata tak apa, susah senang kami sama-sama. Akibatnya, akak dah menjadi janda umur 23 tahun. Erm, Bukan saya katakan orang berkahwin muda ini tidak bagus. Bukan itu saya nak katakan, jangan kerana suka sama suka, susah senang tanggung sama, senang sahaja mulut ini mengucapkan kita kahwinlah, dapat elak dosa. Banyak benda lain kena fikir.


Kalau kalian nak tahu, akak dan bekas suami dia tu, antara penggerak program tarbiah kat tempat saya. Takut juga dengar macam ini kan? Jangan berfikir begitu, fikir baik-baik. Apapun berdoalah pada Yang Maha Besar semoga di beri petunjuk, buatlah istikharoh setelah kita benar-benar bersedia. Kalau perasaan nak ada pasangan, nak ada suami ni datang time-time tengah sibuk buat assignment, sambil-sambil minum teh di petang hari, sambil-sambil makan nasi lemak kukus, sambil-sambil baca nota nak exam. Owh, itu hanya naluri je kawan, naluri yang rasa kosong kadang-kadang. Bila kita tengah shopping kat Times Square, tidak ada perasaan itu, bila kita pergi main bowling, tak ada juga rasa itu. Bila sepatutnya hari ini turn kita buat sarapan, kita rasa malas dan tak buat nak-nak time hari kuliyah (lebih kepada pelajar yang duduk serumah dengan member) kena fikir lagi kalau macam itu gayanya. Bagi sarapan dekat kawan serumah pun satu tanggungjawabkan? Alamatnya esok, pergi kuliyah atau kerja tak makanlah pasangan kita itu..huhu~


Sahabat, aku merasakan ia bukan perkara utama dalam kehidupan ketika ini. Jagalah hati kita dahulu teman, kerana perkahwinan bukan atas suka sama suka, tetapi ianya akan melengkapkan sebahagian iman kita. Sudah cukup sebahagian iman kita? Atau masih suku-suku? Jangan kerana cinta berstatus ana enti itu, kita sudah merasa cukup baik. Koreksi balik, jangan zahir cukup sempurna tapi hati kita sudah terlalu banyak hitamnya sehingga tidak mampu mencari di mana kesuciannya. Hinggakan hati yang sepatutnya bersih itu punya banyak kesan hitam yang tidak ada sinarnya, tidak ada kilauannya, tidak ada jernihnya hingga petunjuk Ilahi itu tidak dapat masuk menembusi hati kita. Bagaimanakan kita jadikan istikharoh itu tempat mencari natijahnya? Mari kita sama-sama fikir balik. Moga kita sama-sama mendapat yang terbaik dalam kehidupan kita. Saya rasa semua kita tahu Allah telah menjanjikan dalam An-Nur .


“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”(An-Nur: 26)


Hebatnya cinta, hinggakan Qaish mati memeluk Lailanya, Rama berkorban apa sahaja demi Sitanya, Syah Jehan sanggup membina Taj Mahal buat isterinya(biarpun digelar kezaliman) dan kisah Romeo dan Juliet yang menunjukkan sejauh mana cinta telah membawa manusia jauh dari alam pertimbangan. Jangan ini yang kita ambil sahabat. Tetapi jadikanlah kisah percintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya sebagai satu tauladan buat kita. Sungguh kerana Allah mereka bersatu, kerana Allah mereka bercinta, dan kerana Allah juga mereka berpisah demi keimanan dan ketaqwaan buat yang Haq. Juga kisah antara Ummu Aiman dan Abu Tolhah, Ummu Aiman yang menjadikan islam itu sebagai maharnya. InsyaALLAH sahabat, akan ada berkat dan rahmatnya buat kita.


Berfikirlah sebaiknya bagi sahabat-sahabat yang sedang ber`pasangan` sekarang ini. Jaga diri baik-baik. Saya harap dalam hubungan kalian itu, jauh dari perkara-perkara yang kadang kita terlepas pandang. Fikirkanlah, apa dalam hubungan yang kita bina itu, kita akan melahirkan generasi pendukung dakwah atau saf-saf tentera islam yang kuat? Sungguh terlalu banyak perlu difikirkan. Saya tidak berpendapat yang cinta itu salah, tidak sama sekali. Saya tahu ini adalah anugerah. Saya faham dan saya tidak pernahkan menolak jika ianya hadir dalam keadaan saya dan kalian akan mendapat redha dari-NYA. InsyaALLAH.



“ Apabila mata bertemu mata, terbit rasa cinta,

apabila hati bertemu hati, terbit rasa sayang,

apabila dahi bertemu sejadah, terbit rasa kekuasaan-NYA”



P/S : Semoga semua kita

Berjumpa teman sebaiknya

Untuk kita.Saya doakan KC dan Jelita. =)


6 comment:

NourlHousna Tawfiq said...

tabarakallah 3layk kak!
saya sangat suka post ini.. =)

ZahirahzahiD said...

=) Mekasih dik, moga bermanfaat buat kita semua.

خديجة خليلة said...

Oh, patutlah saya tak kahwin2 lagi. He.

ZahirahzahiD said...

kenapa Kak Khadijah?

=D

خديجة خليلة said...

Aci tak kalau tak nak jawab? He.

ZahirahzahiD said...

ahah~

aci je kak, nanti akak dah lapang2 boleh kongsi2 dengan saya. Boleh jadikan contoh cerita. =D